Dua tiga malam yang lepas aku bagai di datangi mimpi yang sama. kehilangan perkara yang paling aku sayang. dalam mimpi aku renung batin aku yang melayang. jauh di puncak awan, lepas tu menjunam jatuh terhumban tapi pelik tidak ada yang cedera. aku mengesat air mata. bukan kerana takut tapi gayat dek terhumban dari puncak yang tinggi. aku bingung. aku tak ingin kehilangan lagi. kalau aku boleh berbual dengan Tuhan aku ingin kata kan pada-Nya, jangan sesekali mengambil 'mereka' dari ku. pilih lah aku sebagai pengganti. jadi kan lah aku beban ringan pada mereka. jangan di sakiti mereka kerana aku lebih rela di sakiti dan lebih rela di jemput ajal.
aku tak mungkin berani melihat kain putih membaluti mereka. aku lebih rela berada di sana lebih awal dari mereka kerana hanya itu yang boleh dan mampu mambawa bahagia. untuk masa yang panjang. jadi Tuhan, dengar kan ini, ambil lah aku. aku tak mungkin sanggup kehilangan meraka.
No Comments
Perit mimpi
.