No Comments
pemain mimpi
.
SEJUTA IMPIAN : Gempak! kalau di nilai dari nama tu memang lah meletop!tapi ada juga yang tak meletup (biasalah, org akan kata sebab aku tak dapat fund tu, sebab tu lah aku cakap macam ni) tapi dengar dulu, aku ada cakap impian aku pada team ni dan nasib aku baik bila aku terpilih, so terus berdepan dengan juri-juri (yang bijak-bijak), nak di jadikan cerita impian aku pada pandangan golongan 'bijak pandai' ni, hanya sekadar nak cari glamour. sakit hati pun ada tapi apa nak buat, nama pun 'reality TV' kalau asyik kata YES untuk semua pemohon kat mana 'reality' nya.
tapi yang lagi pelik tu, yang nak buat gotong royong pun boleh di kira sebagai impian besar sampai dapat RM 10K!lps tu kebanyakan yang berjaya dpt fund tu semua ke arah nak bagi business.sempitnya definasi 'sumbangan pada masyarakat' pada golongan ni. pelik, nak bagi sumbangan pada masyarakat bukan sekadar nak bagi duit je, kadanga2 pembangunan rohani tu yang akan kekal lama. kalau asyik nak wujudkan peluang pekerjaan, kalau maju dan menjadi tak pe lah tapi kalau 'bankrupt' nak pohon dana lagi ker?aku cakap macam ni bukan kerana aku kecewa(memang kecewa pun)tapi aku rasa nak membangunkan manusia ni kena secara dalaman dan luaran yang dok bagi bussiness tu cuma luaran, perbetulkan dalaman dulu, baru kita perelok bahagian luar. tak faham knp program yang cantik macam ni di komersilkan sampai dah hilang arah tujuan. ini jadinya kalau semua orang pandang artis yang kaya raya tu sekaya pengetahuannya.sekaya mana pun diorang yang kaya dengan ilmu tu hanya boleh di kira dengan jari.