No Comments
kamu anggun
.
anggun bukan letak pada nama atau hebat di pentas sosial yang adakalanya sekadar senjata mencari pengaruh untuk memberi erti pada kabur bayang-bayang sendiri. manusia anggun dengan buah fikir dari pohon akal yang merimbun di setiap perubahan musim alam yang sama sekali tidak pernah luntur walau di panah terik sang bima sakti.kamu anggun kerana menjadi diri yang tidak meminjam acuan fantasi manusia buta yang hanya mampu membilang nombor dan tidak mampu membaca di sebalik ayat berjela mahupun satu patah kata jujur.budiman kamu kerna menyiat kulit sendiri dan memuja kesakitan maha dalam demi kepuasan yang hanya di rasa sendiri tanpa kamus untuk di terjemahkan dalam bahasa biasa.kamu dan teman-teman kamu istimewa!
p.s :terus lah menjadi istimewa,kerana yang istimewa lebih bernyawa dan berjiwa
