Archive for June 2011
kamu anggun
.
anggun bukan letak pada nama atau hebat di pentas sosial yang adakalanya sekadar senjata mencari pengaruh untuk memberi erti pada kabur bayang-bayang sendiri. manusia anggun dengan buah fikir dari pohon akal yang merimbun di setiap perubahan musim alam yang sama sekali tidak pernah luntur walau di panah terik sang bima sakti.kamu anggun kerana menjadi diri yang tidak meminjam acuan fantasi manusia buta yang hanya mampu membilang nombor dan tidak mampu membaca di sebalik ayat berjela mahupun satu patah kata jujur.budiman kamu kerna menyiat kulit sendiri dan memuja kesakitan maha dalam demi kepuasan yang hanya di rasa sendiri tanpa kamus untuk di terjemahkan dalam bahasa biasa.kamu dan teman-teman kamu istimewa!
p.s :terus lah menjadi istimewa,kerana yang istimewa lebih bernyawa dan berjiwa
Aduh!
.
aduh!panas,adakalanya membangkit berahi.jelas aku galak. galak dek kerna aura ganas nak muda yang jelas mendefinasikn tarikan dalaman penuh asyik.seakan di ranjang yang bisa membangkitkan aroma berahi.
aduh,aduh kerana energy nya begitu tegar. bahang terasa. kalau di teliti, nyatanya tiada membawa makna. tapi bila sudah bersua segalanya merubah seakan lebih membara.
lihat!ini wajah tekun, jujur bila berkarya. adakalnya aku terasa begitu ghairah dengan curahan energy yang tak pasti dari mana datangnya. usianya?wajahnya?ideanya?tapi aku seakan yakin, mereka ini penggerak trend semasa yang tak takut dengan label dan juga cop murahan manusia buta seni.
p.s : Paku Tekan-kamu istimewa kerana rela bertelanjang demi seni.aku ghairah dengan energy kamu.makin ghairah.jangan berhenti mengghairahkan aku!
merembes hormon getik!
.
seakan di mudakan sekali lagi pabila di kelilingi kuasa-kuasa getik dari zaman silam. yang tertulis adalah cerita aku yang hanya meminjam wajah mereka. aku pernah di situ, aku juga pernah menjadi tukang pelakar cerita yang bukan saja mendatangkan ghairah di kalangan muda-mudi ku malah, aku juga lah DIVA meriah yang tak takut sikit pun dengan sinis mata atau tajam kata homo sapien lain yang seakan cemburu dengan kebolehan ku bergetik!
aku adalah binatang sosial yang tak pernah letih mencari peluang untuk bersuka-suka. aku juga adalah tergolong dalam sekumpulan makhluk getik yang tak mahu berpura dan lebih selesa menjadi diri yang aneh biarpun tak senang di pandang mata manusia lain yang kononnya ingin menjadi nabi selepas Muhammad.
aku bagai berada dalam dunia yang telah lama aku simpan dalam diari berdebu, di bawah lipatan kain cadar berkait buatan tangan mak ngah (my favourite bed sheet)aku kepingin menjadi mereka lagi. di ambang 32?mungkin aku tak perlu terlalu prejudis dengan diri serta lebih redha melakar jalan dengan bisik dari hati tanpa prasangka yang hanya akan merobek jantung.
mereka adalah aku. aku yang dulu. dulu tak bermakna berkurun, dulu adalah lampau yang tak seharusnya aku kuburkan. tapi aku tdk pernah rela mencuri masa depan, kerana masa lampau adalah cermin terbaik membetulkan luka serta mewarna muka dengan debu tepung serta mengasah bibir agar tampak segar dan anggun.
aku manusia getik, gatik segetik-getiknya. atau lebih mudah di bahasakan sebagai makhluk tanpa muka. rasanya aku lebih dari itu! kamu yang di sana,nak bergetik?
hati yang tiris
.
kadang kala aku tertanya-tanya tentang susah dan payah untuk memberi dan menerima. kalau dari luar mudah untuk berkata dan membaca setiap makna dari seluruh arah. tapi bila di dalam, yang nyata adakalanya umpama mimpi. terbang dan tak pasti di mana penghujungnya. perhubungan adalah seni kehidupan yang boleh membawa kesejukan dan juga mampu membakar jiwa manusia. kata-kata adalah penyeri kandungan seluruh ikatan yang di dalamnya memberi makna. perhubungan juga adalah menisfestasi kemanusiaan yang dasarnya tidak hanya terbentuk dari kesetiaan malah dari kesediaan untuk menyatukan semua rasa. acap kali kita lupa tentang di mana kita bermula. aku di gerabak yang panjang sekarang. untuk mencari makna perhubungan..
bersambung.....
pemain mimpi
.
SEJUTA IMPIAN : Gempak! kalau di nilai dari nama tu memang lah meletop!tapi ada juga yang tak meletup (biasalah, org akan kata sebab aku tak dapat fund tu, sebab tu lah aku cakap macam ni) tapi dengar dulu, aku ada cakap impian aku pada team ni dan nasib aku baik bila aku terpilih, so terus berdepan dengan juri-juri (yang bijak-bijak), nak di jadikan cerita impian aku pada pandangan golongan 'bijak pandai' ni, hanya sekadar nak cari glamour. sakit hati pun ada tapi apa nak buat, nama pun 'reality TV' kalau asyik kata YES untuk semua pemohon kat mana 'reality' nya.
tapi yang lagi pelik tu, yang nak buat gotong royong pun boleh di kira sebagai impian besar sampai dapat RM 10K!lps tu kebanyakan yang berjaya dpt fund tu semua ke arah nak bagi business.sempitnya definasi 'sumbangan pada masyarakat' pada golongan ni. pelik, nak bagi sumbangan pada masyarakat bukan sekadar nak bagi duit je, kadanga2 pembangunan rohani tu yang akan kekal lama. kalau asyik nak wujudkan peluang pekerjaan, kalau maju dan menjadi tak pe lah tapi kalau 'bankrupt' nak pohon dana lagi ker?aku cakap macam ni bukan kerana aku kecewa(memang kecewa pun)tapi aku rasa nak membangunkan manusia ni kena secara dalaman dan luaran yang dok bagi bussiness tu cuma luaran, perbetulkan dalaman dulu, baru kita perelok bahagian luar. tak faham knp program yang cantik macam ni di komersilkan sampai dah hilang arah tujuan. ini jadinya kalau semua orang pandang artis yang kaya raya tu sekaya pengetahuannya.sekaya mana pun diorang yang kaya dengan ilmu tu hanya boleh di kira dengan jari.
Aku cikgu sekolah
.
teringat masa aku kat sekolah dulu. tapi tak lah seteruk ni. nak bentuk manusia memang payah. nak bagi 'trust' dan nak suruh orang 'trust' lagi lah susah. tapi rasanya sekolah aku dulu tak lah sampai macam ni. ini realiti,ramai juga yang dah give-up sebab tak tahan. aku ni kiranya bernasib baik sebab tak ada 'student' macam ni. tapi kalau lah ada macam ni, memang separuh gila lah jawabnya.untuk semua cikgu-cikgi, jangan 'give-up', nak mengajar manusia ni, memang lah takde 'manual' khas, atau pun 'magic-stick' boleh je 'wish' terus jadi.tapi satu kena ingat, cikgu-cikgu ni ada tulah.jangan di sumpah cikgu, merana nanti!
makhluk seni : aneh kataku
.
teruja yang teramat bila di kelilingi ramai makhluk-makhluk seni yang aneh. ramai tak dapat membaca seni sebab katanya terlalu 'detail', payah nak faham, ramai yang tak pernah pun menghargai seni sebab konon-kononya seni tu untuk golongan 'low-class'(ye kerr????kata aku)tapi hakikatnya para bijak pandai yang hanya melopong mentafsir seni tu sebenarnya pemalas.malas untuk mengkaji misteri alam, malas nak tengok dunia yang dari kaca mata yang lebih besar, langsung terus menghukum tanpa periksa. aku pun lantas jadi pemalas, malas nak melayan manusia yang tak berotak dan hanya berbangga konon-kononnya berotak, tapi hanya kotak kosong!
makhluk seni adalah hiasan alam. hijau subur, tapi ada jugak yang hitam kelat. 'complecated' life ni, sampai warna pun nak di samakan dengan hidup.tapi aku tetap 'salute' makhluk-makhluk seni ni, macam kata harist iskandar, halusssss....nak sambung lagi, tapi tunggu lah dulu...
Pembenci sayang
.
aku dan aku di tengahnya masih lagi ada aku. semalam aku antara rasa marah dan gembira. kadang-kadang rasa ni sukar nak di tafsir. sekejap macam tu, sekejap macam ni. paling mudah bila nak benci (orang cakap)tapi susah nak sayang, tapi pada aku benci atau sayang terbit dari hati, kalau dah benci, sayang tak akan ada. tapi aku terfikir pulak, macam mana nak benci kalau tak pernah rasa sayang, jadi kesimpulan yang aku dapat, semua 'pembenci'(termasuk aku) adalah penyayang! banyak orang tak setuju bila aku cakap macam tu. dalam tak setuju pasti ada yang setuju. nak jadi pembenci atau penyayang?pembenci lebih mudah...jadi aku pilih pembenci

